Sabtu, 28 Januari 2017

Azim Jewa...hero sulung penyeri hidup abah dan mama

Kehadiran cahaya mata pertama pada 2-8-2010...Muhammad Azim Jewa menjadi penyeri hidup mama dan abah. 2 jam mama bertarung nyawa untuk melahirkan hero sulung mama ni. Tangisan Azim memecah suasana 'labour room'. Mama hanya mampu memanjatkan kesyukuran dengan kelahiran mu sayang. Abah yang menjadi kekuatan mama, setia disamping mama sepanjang masa berjuang melahirkan sayang. Terima kasih kepada doktor dan staf-staf Putra Medical Center (PMC) yang membantu proses kelahiran sayang.

Kehadiran sayang membawa mama dan abah ke alam baru...'PARENTING WORLD'. Setiap hari adalah hari pembelajaran buat kami dalam melayari bahtera rumahtangga dengan kehadiran sayang.
WE LOVE YOU...AZIM!!!


Selasa, 11 Oktober 2016

Ada apa dengan JEWA?

JEWA....satu nama yang dekat di hati ini. Nama arwah moyang sebelah bonda...Tunku Muhammad Jewa atau lebih dikenali dengan panggilan Tunku Muhammad Jewa Bunga Mas. Unikkan? Nama yang terlipat dalam sebahagian sejarah negeri kelahiranku...KEDAH DARULAMAN. Aku diceritakan bonda yang arwah moyang merupakan pengantar ufti emas KEDAH kepada  KERAJAAN SIAM dalam bentuk BUNGA MAS. Replikanya boleh dilihat di MUZIUM KEDAH. Mungkin replikanya besar tetapi hakikat sebenarnya BUNGA MAS itu kecil sahaja saiz sebenarnya. Saiz yang mudah dibawa untuk perjalanan yang jauh pada zaman dahulu tanpa kenderaan moden.

Bonda saya berharap nama JEWA tidak hilang di telan zaman. Bonda mahu anak cucunya tidak lupa sejarah dan asal usul kami. Maka saya abadikan nama bersejarah ini dalam nama anak-anak saya....

MUHAMMAD AZIM JEWA
MUHAMMAD IRFAN JEWA
NURUL IMAN JEWA

"SEMOGA ANAK-ANAK MAMA MENJADI ANAK SOLEH DAN INSAN YANG BERILMU"